26 June 2014

short trip to penang

Assalamualaikum

wah wah pejam celik pejam celik dahh nak masuk bulan ramadhan


excited ke tidak! haruslah excited!


tapi yang kurang excitednya next week nak sambung belajar dah!

takde lah kurang mana. excited gak tapi like nervousss


lain semua dah sambung belajar but me? hmm takpe doakan aku habis cepat plis! (hamboi belum start dah nak habis cepat ye kau!)


ok ok back to topik kita harini

trip to penang dah lama dah lepas. aku ni je yang malas nak update kihkih

2 hari satu malam je punn

rasa macam nak pergi lagi sebab nak melantak bebanyak plis

kasi update picture je lah ye?



macam main monopoly je kan!
berapa juta agaknya rumah ni ngadap pantai pulak tu



best baba ever
and best mama ever
sempat lagi ma update facebook ye!


but first lets take a selfie! 
LOL


so ni lah tempat tidur satu malam kami



nak otw balik tu singgah sat penang street art yang tengah up sekarang ni!

cool

tapi tu lah kitorang datang time cuti sekolah memang ramai lah jawabnya!

dengan panas lagi

tempat ni dekat Armenian Street yang dekat dengan ferry tu

kena jalan pusing pusing satu tempat ni kalau nak amik gambar semua art

kitorang tak habis pusing sebab panas oiii












ramai ok tunggu giliran








singgah kedai doli masa otw balik kl!




21 May 2014

Legoland

Assalamualaikum

asal aku nak update blog je mesti cakap dah lama tak update

asal aku dah lama tak update blog je aku nak update blog


dah kenapaa


aku pun tak tau lah asal free and internet dah laju kemain malas nak update

asal internet lembab pastu busy ni lah aku dok gatal nak update


awatnyaaa


hahaha takpa aku update ni pun sebab ada gambar nak diupdate

selalunya gambar aku ni semua dari camera tu yang jarang update sebab jarang sangat guna camera

aku rajin dok update kat instagram je laa itu pun kadang kadang jeww hehehe


sekarang ni memang aku tengah sibuk dok pikiaq nak sambung mana

ya Allah tension nohhh tak tau lagu mana nak buat haa (acah acah nak cakap penang since aku baru habis baca novel yang mostly cakap penang hehe)


aku memang doa selalu biar aku cepat selesai semua kemasukan apa semua ni pikir nak belajar jee

kesian mak ayah aku dok lagi busy dari aku nak pikiaq sambung mana haa (okay epic fail takyah nak cakap penang sangat lah yee)


setakat ni belum confirm lagi sambung mana. tunggu semua settle and dah start tidor kat hostel sana baru aku declare ok. like nobody cares qilaaa duhh


ok back to topic

last weekend, office mama ada buat family day like every year dorang akan buat. since kitorang dari kecil lagi dah memang join family day (tapi join setakat tunjuk muka je laa hahah)

last year buat dekat Gambang resort, Pahang. this year buat dekat Johor Bharu at Pulai Springs Resort! Lama gils tak mai jb hokayy.

sebenarnya mula-mula tak nak join tau sebab tengah busy kerja dekat econsave belakang rumah jadi cashier. ma pulak dah daftar nama dorang berdua. tapi ma still tanya kitorang (which is me and my sister Alya) nak pi ke tak.

mama ni macam tahu tahu je yang kitorang ni akan pergi jugak! Ya Allah! Mom is always right!

sebab last minute tu, kitorang berhenti kerja sebab dah malas and penat kerja (padahal 2 minggu je kerja! sila gelak sampai nak terkeluar tekak anda plis! hahaha)

last2 daftar gak nama. lulz. mom is always right wei! so sila follow kata kata mak anda ye!

kitorang gerak ke jb pada hari jumaat pagi. nak jejalan gi JPO pastu yang paling comel (atau boleh dikatakan kelakar lah kan) baba ku pi update kat fb dia tanya sesiapa boleh suggest tempat makan best kat jb.

kemain bangga dia ramai yang komen sampak limaploh komen ok uolss! banyak sangat suggestion last2 perginya satu tempat je sebab nak carinya kemain payah oi! guna waze pun boleh bawak gaduh ok! gaduh gaduh manja aje uolss hahaha!

sampai hotel tu malam tau. kitorang expect dapat bilik kecil since aku and alya last minute join. last2 hamek kauu! dapat suite hokayy. terkejut weolss. first time dapat tidur dalam suite. selalu bilik katil double bed je share lah reramai! alhamdulillah rezeki uolss!

sabtu esoknya start lah family day. banyak games dan kebanyakkannya aku tengok je kahkahkah. tu yang gemok je aku ni. lulz.

malam tu malam penutup. dinner besar. last year ada artis jemputan yang pelawak shuib and the gang tu. lupa nama. this year dorang ajak AC Mizal uolsss.

terkejut weolss. tinggi dia weh like tinggi gilss. best lah malam tu. cuma makan je lah tak puas sebab weols duduk depan sekali hokayy. kena jaga tatatertib katako. padahal dalam hati nak je bedal semua. hampeh tul.


ahad. pi Legoland! takde lah excited mana since hujan beb! nak main pun tak syok. jangan tergelak tengok ma ba alya pakai baju hujan! lulz











itulah hotel weols
tak sempat nak amik gambar dalam bilik sebab
katil dia best sampai malas nak amik gambar
lulz












cool gila!



hujan hujan pun sempat je dia ni nak amik gambar tau



ewahh fe-feeling pergi honeymoon kat sini
lulz lagi


comel takkk








jika anda terer
cari mama baba ku tersembunyi disebalik percikan air tersebut
warna kuning tu uolss
kemain excited dorang naik benda alah tu okayy













kecik kecik dah boleh bawak kete
aku ni P belum lagi tau!











as usual muka aku memang takde hehe.

best Legoland ni tapi hujan je lah bikin slank. tapi hujan itu rezeki okay! jangan mempertikaikannya. insaf jap!

kalau ada anak2 kecil memang dorang suka lah pi tempat ni. hotel dia pun cool (ceh macam lah aku tidur kat sana lulz lagi)





7 March 2014

Trip to Australia (PART 2)

Assalamualaikum uols!

After so long meng-upload gambarku ni finally habis gak walaupun tak semua gambar aku upload. Ahakz.


Tu lah ba ma plis tukar unifi plis. Lulz.


So nak sambung trip.

Day 4. 28/12/13. Trip to Great Ocean Road!! Must go lah kalau visit Melbourne ni. Harini baru dapat kereta sewa. Trip ke sini mengambil masa 6 jam megikut jalan lama!! Lama bebb! Kebas buntut hangg!

Tapi memang worth it since the scenery masyaAllah memang cantik rasa macam kerdilnya diri kau ni nak dibandingkan dengan kebesaran ciptaan Allah. Serious memang rasa tah lah rasa cam can't describe it by words.

eceh.

Memang berangin habis wei rasa sejukkk padahal ada je watlek pakai seluar pendek! Hadoi! So sinilah dapat tengok 12 apostle yang masyaAllah cantik sangat. Rasa perjalanan yang lama tu dibalas dengan scenery ni memang hilang rasa kebas buntut hang. Lulz.

Tapi kitorang tak turun ke laut since tak tau kat mana laluan tu cam jeles pulak ada org amik gambar kat laut. Okay takpe takpeee lulz






ada group yang oku which is tak dapat dengar or bahasa kasar pekak
buat group photo camni

so cuteeee








ramai gua cakap lu
nak amik gambar ni pun susah nak dapat shot yang cantik
ramai beb





nak jugak posing ceni





Allahuakbar


terima kasih strangers sini memang baik tolong amikkan gambar
sib baik semua cantik



acah acah poster 
sian mama takde sebab dia yang amik gambar ni
puji plisss


Day 4. 29/12/15. So ni naik flight pi Sydney! Sewa kereta pi tempat abang dekat Wollongong. Sightseeing habis along the journey. Sampai air liur meleleh. Tidur katanya. Lulz. Oh ya ada buat stop dekat rumah kawan abang and makan nasi dekat kedai indonesian. 

Tak boleh tak jumpa nasi katanya. Stop by Bondi beach yang aku baru tahu memang tempat mat salleh naked tapi gua tak nampak (kantoi usha gak plis)





angin kuat beb 
sian burung ni nak lawan angin pun payah
ahakz


halamak gua lupa nama tempat ni


So finally tempat abang belajar cehhh bajet


taik bersepah ada tak? haaa

The next day (malas dah nak tulis tarikh bagai). Weols pergi Wild Life Tengok haiwan and paling penting dapat tengok kangaroo!! Jakonnn!! Ahhahah sorry not sorry! lulz

Pergi rock pool area rumah abang then tengok light house jugak. Picnic gak. Mat salleh sikit duduk atas rumput. Bersih katanya. Kat KL tak nak pulak plis









nampak tak mukaku excited kasi kangaroo makan?
jakonn
lulx



sup bro?



comel gilerrrr apa nama haiwan tu lupaaa


iyann baru kena shave









sorry lah i bukan a photographer nak amik shot cantik
ahakz


The next day. Pi Sydney balik. Makan semua then tunggu melepak kat Circular Quay tunggu fireworks! Sorry sampai pukul 9 jerr. Tak party hokayyy.

New Year dah. 1/1/2014. Jejalan kat Sydney. Tengok Sydney Tower, Madam Tussaud. Then jalan kaki pergi Sydney Fish Market. Makan seafood sini! Balik naik Ferry pi tengok Opera House close up punya.


Selalu tengok gambar, dapat tengok tingkap dia dekat2 baik punyaaa.

2/1/2014. Harini pergi tempat semalam dekat Madam Tussaud tapi kitorang pi Aquaria dorang. Pergi Paddys Market. Fresh fruit!! Sodappp! Duduk sini banyak makan plum nyummyy! Kat KL tak dapat la mahal katanya. Makan Kebab halal punya hokay.


Sini kebab inti sikit. Sana memang cukup enam beranak! Beli empat je kut! Dah lah semua memang paling suka makan kannn.


Last day tu seharian duk rumah (tumpang rumah kawan abang). Sini internet laju bebbb! No wonder abnag balik KL merungut internet rumah sini lembap! Rupanya kat sana memang laju. 

Memang aku layan cerita Korea lah kan since terlepas few episodes.

So balik Malaysia sampai around 3 4 pagi. Tu last day jumpa abang. Eceh sesi menangis. Eceh.





tinggi tak tinggi?





feeling Kardashian's family sikit kalau naik ni





sorry we're not a fan of them
like seriously notttt

lulz


motif tabik hormat tu nape qila?






sorry not a fan of bieberrrr

Robert Pattinson takde kot!


acah acah sugar daddy


plis angie jangan jeles plis?



ma pun nak gakkk












dugonggg


kebulurrr


see ramai kannn? 
nangis kalau sesat sini sesorang



Balik KL cari rumah cari kucing cari katil!!

Thank you mama baba for this amazing trip! Next time bawa pi Korea plis! Ahakz


Ada rezeki turn kitorang belanja ma ba. Tapi lagi dua puluh tahun lah. Hehehe