21 May 2014

Legoland

Assalamualaikum

asal aku nak update blog je mesti cakap dah lama tak update

asal aku dah lama tak update blog je aku nak update blog


dah kenapaa


aku pun tak tau lah asal free and internet dah laju kemain malas nak update

asal internet lembab pastu busy ni lah aku dok gatal nak update


awatnyaaa


hahaha takpa aku update ni pun sebab ada gambar nak diupdate

selalunya gambar aku ni semua dari camera tu yang jarang update sebab jarang sangat guna camera

aku rajin dok update kat instagram je laa itu pun kadang kadang jeww hehehe


sekarang ni memang aku tengah sibuk dok pikiaq nak sambung mana

ya Allah tension nohhh tak tau lagu mana nak buat haa (acah acah nak cakap penang since aku baru habis baca novel yang mostly cakap penang hehe)


aku memang doa selalu biar aku cepat selesai semua kemasukan apa semua ni pikir nak belajar jee

kesian mak ayah aku dok lagi busy dari aku nak pikiaq sambung mana haa (okay epic fail takyah nak cakap penang sangat lah yee)


setakat ni belum confirm lagi sambung mana. tunggu semua settle and dah start tidor kat hostel sana baru aku declare ok. like nobody cares qilaaa duhh


ok back to topic

last weekend, office mama ada buat family day like every year dorang akan buat. since kitorang dari kecil lagi dah memang join family day (tapi join setakat tunjuk muka je laa hahah)

last year buat dekat Gambang resort, Pahang. this year buat dekat Johor Bharu at Pulai Springs Resort! Lama gils tak mai jb hokayy.

sebenarnya mula-mula tak nak join tau sebab tengah busy kerja dekat econsave belakang rumah jadi cashier. ma pulak dah daftar nama dorang berdua. tapi ma still tanya kitorang (which is me and my sister Alya) nak pi ke tak.

mama ni macam tahu tahu je yang kitorang ni akan pergi jugak! Ya Allah! Mom is always right!

sebab last minute tu, kitorang berhenti kerja sebab dah malas and penat kerja (padahal 2 minggu je kerja! sila gelak sampai nak terkeluar tekak anda plis! hahaha)

last2 daftar gak nama. lulz. mom is always right wei! so sila follow kata kata mak anda ye!

kitorang gerak ke jb pada hari jumaat pagi. nak jejalan gi JPO pastu yang paling comel (atau boleh dikatakan kelakar lah kan) baba ku pi update kat fb dia tanya sesiapa boleh suggest tempat makan best kat jb.

kemain bangga dia ramai yang komen sampak limaploh komen ok uolss! banyak sangat suggestion last2 perginya satu tempat je sebab nak carinya kemain payah oi! guna waze pun boleh bawak gaduh ok! gaduh gaduh manja aje uolss hahaha!

sampai hotel tu malam tau. kitorang expect dapat bilik kecil since aku and alya last minute join. last2 hamek kauu! dapat suite hokayy. terkejut weolss. first time dapat tidur dalam suite. selalu bilik katil double bed je share lah reramai! alhamdulillah rezeki uolss!

sabtu esoknya start lah family day. banyak games dan kebanyakkannya aku tengok je kahkahkah. tu yang gemok je aku ni. lulz.

malam tu malam penutup. dinner besar. last year ada artis jemputan yang pelawak shuib and the gang tu. lupa nama. this year dorang ajak AC Mizal uolsss.

terkejut weolss. tinggi dia weh like tinggi gilss. best lah malam tu. cuma makan je lah tak puas sebab weols duduk depan sekali hokayy. kena jaga tatatertib katako. padahal dalam hati nak je bedal semua. hampeh tul.


ahad. pi Legoland! takde lah excited mana since hujan beb! nak main pun tak syok. jangan tergelak tengok ma ba alya pakai baju hujan! lulz











itulah hotel weols
tak sempat nak amik gambar dalam bilik sebab
katil dia best sampai malas nak amik gambar
lulz












cool gila!



hujan hujan pun sempat je dia ni nak amik gambar tau



ewahh fe-feeling pergi honeymoon kat sini
lulz lagi


comel takkk








jika anda terer
cari mama baba ku tersembunyi disebalik percikan air tersebut
warna kuning tu uolss
kemain excited dorang naik benda alah tu okayy













kecik kecik dah boleh bawak kete
aku ni P belum lagi tau!











as usual muka aku memang takde hehe.

best Legoland ni tapi hujan je lah bikin slank. tapi hujan itu rezeki okay! jangan mempertikaikannya. insaf jap!

kalau ada anak2 kecil memang dorang suka lah pi tempat ni. hotel dia pun cool (ceh macam lah aku tidur kat sana lulz lagi)